Mungkin ramai yang tidak tahu dan kami juga baru tahu sebenarnya pengeluar kereta nasional Proton pernah memperkenalkan model kereta yang dinamakan Sembilu. Penulus tidak pasti sama ada nama model ini diinspirasikan daripada tajuk lagu ataupun filem yang popular di era 90-an, namun model ini telah diperkenalkan pada bulan Jun 1994.
Menerusi keratan akhbar di Utusan Malaysia, idea projek Sembilu ini dicetuskan oleh pengedar kereta Proton pada waktu itu, Edaran Otomobil Nasional (EON). Ia sebenarnya projek untuk menghasilkan kit badan khusus untuk Proton Wira yang membolehkan pemiliknya mengubahsuai model sedan itu menjadi lebih sporty.
Pengurus Kanan Pemasaran EON pada ketika itu, Datuk Abdul Razak Dawood berkata, kerja-kerja pengubahsuian model itu masih pada fasa pertama iaitu reka bentuk badan model itu dan fasa-fasa seterusnya akan menyusul kemudian. Tambahnya fasa seterusnya adalah pengubahsuaian mekanikal yang melibatkan bahagian enjin, suspensi dan transmisi bagi tujuan perlumbaan.
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
Proton Sembilu dipertontonkan buat pertama kalinya pada 6 Jun 1994 di ibu pejabat EON di Shah Alam. Ia telah mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan daripada orang awam setelah fotonya disiarkan di dada akhbar tempatan.
Antara pengubahsuaian yang dilakukan pada ketika itu adalah bampar depan yang mempunyai dua lubang angin di bahagian sisi kiri dan kanan untuk menyejukkan brek dan enjin, manakala bahagian spoiler bibirnya pula untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
Selain itu ia turut dilengkapi dengan skirt sisi bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar, spoiler belakang yang bertindak untuk menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan. Model ini turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 15-inci dengan kemasan warna putih.
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
Di bahagian kabin, ia dipasang dengan stereng berdiameter kecil yang mempunyai pemegang besar supaya ia mudah untuk dikendalikan. Proton Sembilu turut dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket yang mengampu badan bagi membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.
Menurut rakan kami di WapCar.my, model Sembilu ini dijana oleh enjin 2.0 liter turbo 4G63T dengan sitem pacuan semua roda (AWD). Agak malang kerana model ini tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkannya berada di jalan raya.
Namun kekecewaan itu terubat selang beberapa tahun kemudian dengan kemunculan model Wira 1.8 EXi DOHC (C99) yang lebih dikenali dengan panggilan “Wira tiang gol” di kalangan peminat tegar jenama tersebut. Sebanyak 2,500 model edisi terhad ini telah dihasilkan dengan 2,450 unit dicat dengan warna Majorca Black manakala bakinya dengan warna Solid White yang dikenali sebagai versi RS.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Arkib Negara X (ANX)
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu
KOMEN TERKINI