ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi seludup minyak masak dan cuba lari dari penguat kuasa – Undur kereta sampai terjunam ke dalam tali air

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang lelaki mengundurkan kenderaan untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa membawa padah apabila kenderaan dipandu yang membawa muatan 834 kilogram minyak masak terjunam ke dalam tali air di Kampung Slow Machang, di Pasir Mas, semalam.

Menurut Harian Metro, Ketua Pegawai Penguat kuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pasir Mas, Suhaimi Abas berkata, dalam kejadian 2.30 petang itu, anggotanya bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tumpat, membuat rondaan selepas mendapat maklumat awam di kawasan berkenaan.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Katanya, sebaik melalui sebuah jalan sempit menyusuri tali air, pihaknya bertembung sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah dalam keadaan mencurigakan sebelum pemandu bertindak mengundurkan kereta sejauh enam meter sebelum terjunam ke dalam tali air terbabit.

Anggota kemudian bertindak membantu suspek yang berusia 28 tahun dan membawa naik kesemua minyak masak bernilai RM2,085 yang diletakkan di bahagian belakang kereta, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, Thailand.

Modus operandi bagi penyeludupan kali ini adalah suspek diupah untuk membawa barang kawalan ke pangkalan haram di sekitar Sungai Golok, menggunakan kenderaan persendirian bagi mengaburi pihak berkuasa.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas pihak berkuasa, kegiatan terbabit berjaya digagalkan dan suspek ditahan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi siasatan dan tindakan lanjut. Suhaimi berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek kali pertama ditangkap pihak berkuasa akibat melakukan kegiatan penyeludupan ini. KPDNHEP memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja yang melakukan penyelewengan terutamanya berhubung barang kawalan.

Kerjasama bersama agensi-agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan barang kawalan yang diseludup ke negara jiran dapat dibanteras serta memastikan pengguna dapat menikmati subsidi yang dibekalkan kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply