ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas persiaran diubah suai jadi bank makanan bergerak

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat pengangkutan awam mengambil inisiatif mengubah suai bas persiaran miliknya untuk dijadikan bank makanan bergerak bagi membantu golongan yang terjejas.

Menurut Harian Metro, Pengarah Urusan Bintong Ekspress & Holiday, Zambri Mat berkata, idea bagi mengumpul bantuan makanan di dalam bas timbul selepas syarikat berkenaan tidak dapat beroperasi sejak lebih setahun lalu.

Katanya, buat masa ini, bas berkenaan akan ditempatkan di jalan masuk ke Taman Budiman, Tandop, di Alor Setar dan penduduk berdekatan boleh menyumbang dan mengambil bantuan makanan disediakan.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambahnya, mereka yang terjejas dan terputus bekalan boleh mendapatkan bekalan antaranya beras, bihun, susu, gula, kopi dan kicap, manakala mereka yang mampu juga boleh meletak sumbangan mereka di situ. Bank makanan ini akan dibuka mulai 9 pagi hingga 7 malam setiap hari sehingga 31 Julai depan.

Zambri berkata, pihaknya juga mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat korporat yang berminat menggunakan bas miliknya bagi dijadikan pusat bantuan atau diletakkan di hadapan premis mereka.

Beliau memiliki kira-kira 40 bas yang boleh digerakkan bagi tujuan kebajikan dalam usaha membantu masyarakat setempat sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh ketika ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Zambri yang juga Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berkata, bas berkenaan juga boleh digunakan bagi membawa makanan ke kampung atau kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, penduduk Kampung Keriang Pulau, Sopiah Ahmad, 59, mampu menarik nafas lega selepas mendapat bantuan makanan disediakan bank makanan terbabit.

Katanya, dia bersyukur kerana hanya perlu berbasikal untuk mendapatkan bantuan hari ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban membeli barangan makanan yang diperlukan.

Tambahnya, sama seperti orang lain, keluarga saya turut terjejas kerana tidak dapat keluar bekerja dan terpaksa bergantung kepada bantuan yang dihulurkan badan kebajikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply