ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bateriku.com dan ACO Tech jalin kerjasama revolusikan bantuan kecemasan jalan raya menerusi integrasi dalam kereta

Berita Tempatan

Views

Bateriku.com baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan ACO Tech dalam usaha mewujudkan integrasi digital pertama di Malaysia antara penyedia teknologi OEM automotif dan penyedia perkhidmatan bantuan kecemasan jalan raya.

Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ATLAS Infotainment Head Unit (IHU) dari ACO Tech, akan ditawarkan dengan penyelesaian bantuan kecemasan jalan raya seluruh negara 24 jam seperti jumpstart, tampalan tayar, pengisian petrol, bantuan kunci kereta, dan khidmat tunda secara langsung menerusi IHU tersebut.

Dengan menghubungkan sistem kenderaan yang canggih kepada perkhidmatan ‘on-demand‘, Bateriku.com dan ACO Tech telah menetapkan standard baharu dalam kemudahan dan keselamatan pelanggan.

Ciri pintar ini yang direka, dibangunkan, dan dilancarkan melalui kerjasama sinergi antara Bateriku.com dan ACO Tech, dijangka menjadi penanda aras industri dalam meningkatkan penerimaan penyelesaian mobiliti pintar di Malaysia.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Dengan satu klik pada IHU, pemilik kenderaan yang memerlukan bantuan akan dihubungkan ke Pusat Hubungan Bateriku.com, yang beroperasi selama 24 jam.

Pelaksanaan perkhidmatan akan disalurkan ke rangkaian ekosistem Bateriku.com yang telah mantap di seluruh negara dalam masa kurang daripada 30 minit, tanpa mengira lokasi mereka.

Hingga kini, Bateriku.com mengendalikan 201 cawangan runcit (Pitstop) di seluruh negara dan telah memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pemilik kereta.

Perkhidmatan Bateriku.com meliputi semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dan kini telah berkembang ke Indonesia dengan membuka 3 cawangan di Jakarta, iaitu di Kelapa Gading, Gading Serpong, dan Alam Sutera.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Syarikat ini mempunyai lebih daripada 400 tenaga kerja dan telah membina ekosistemnya sendiri dengan melatih hampir 1,000 juruteknik gig (BHero), membangunkan 76 usahawan (BPreneur), dan bekerjasama dengan lebih kurang 2,000 bengkel dan rakan penunda (BBuddy).

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu berkata, integrasi ATLASAssist 24/7 oleh Bateriku.com berpotensi merevolusikan perkhidmatan bantuan kecemasan dengan menyediakan penyelesaian yang tersambung dan lancar terus kepada pemilik kenderaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi pula menambah, integrasi ini mengukuhkan komitmen syarikat untuk memanfaatkan teknologi dan ekosistem mereka yang luas untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan berpusat pada pelanggan.

Ciri ATLASAssist 24/7 oleh Bateriku.com akan diaktifkan segera dalam kenderaan terpilih yang dilengkapi dengan ATLAS IHU, dengan liputan dijangka meningkat secara berperingkat menerusi kemas kini over-the-air (OTA) yang akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply