ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beberapa produk SME tempatan kini boleh didapati di kedai Shell Select

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia mengumumkan pengembangan penawaran di kedai Select merangkumi produk dari 29 pengusaha terpilih dari program “Realisasi Impianmu Bersama Shell“, hari ini.

Ketika negara terus bergerak dalam norma baharu, Shell terus mencari jalan keluar untuk membantu masyarakat setempat, disamping membantu menaikkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia dan Singapura, pihaknya kini mempunyai lebih daripada 29 rakan niaga tempatan menerusi program tersebut yang membekalkan produk mereka ke kedai Shell Select, termasuklah Label Persendirian Shell yang baharu dilantik.

Rak-rak di Shell Select di Malaysia kini dipenuhi dengan pelbagai pilihan snek, manisan, minuman tanpa alkohol, dan makanan siap dimakan dari PKS tempatan, termasuklah burger ayam gourmet Joe Flizzow x deli2go, martabak ayam dengan keju lava, martabak kambing dan jus nanas tempatan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan bahan makanan penting seperti tepung, gula, minyak masak, biskut, sos, sardin, mi, santan dan pelbagai minuman. Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, pelanggan boleh menikmati promosi khas di stesen Shell terpilih dari 16 Ogos – 30 September 2021.

Shell sentiasa membuka pintu kepada SME tempatan dan memberikan mereka peluang untuk mempromosikan produk di kedai Shell Select. ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ dicipta untuk membuka peluang kepada usahawan tempatan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pada bulan Oktober ini, Shell Malaysia akan mengambil bahagian dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk terus meningkatkan kemakmuran ekonomi SME di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply