ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu dan kelindan sempat terjun sebelum lori bawa muatan batu rempuh pagar rumah

Berita Tempatan

Views

Sebuah keluarga terkejut apabila sebuah lori yang dipenuhi muatan batu tiba-tiba merempuh pagar rumah mereka di Kampung Bawah Gunung di Baling, semalam.

Menurut Utusan Online, Aishah Masri, 29, berkata, ketika kejadian pukul 10 pagi itu, dia sedang mendandan seorang pengantin perempuan untuk majlis akad nikah terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar seperti gempa bumi di hadapan rumahnya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, dia segera berlari keluar dan mendapati sebuah lori batu telah merempuh dinding pagar batu di halaman rumah. Mujur tiada sesiapa di luar rumah yang kebiasaannya ketika itu anak saudara, Adam Daniel Mohd Fauzi, 10, bermain di halaman rumah bersama rakan-rakannya.

Katanya lagi, ketika kejadian hujan lebat dan mereka sekeluarga berada di dalam rumah dan kejadian ini merupakan kali ke dua berlaku.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Azmi Sulaiman, 55, yang kebetulan berada di luar rumahnya berkata, dia terdengar seperti bunyi pam brek lori pecah dari arah kuari batu kira-kira 500 meter jarak dari rumahnya.

Dia kemudian melihat sebuah lori batu sedang menuruni bukit berada dalam keadaan tidak stabil dan meluncur laju ke arah jalan raya. Lori itu kemudian terbabas dan merempuh pasar batu rumah berhampiran.

Bagaimanapun, katanya lagi, pemandu dan kelidan lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan terjun sebelum lorinya terbabas. Ini merupakan kejadian ke dua lori merempuh pagar rumah yang sama selepas mengalami masalah brek ketika menuruni bukit dari tempat kuari batu itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply