ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belanjawan 2024: Subsidi diesel akan dilaksana secara berfasa, elak ketirisan

Berita Tempatan

Views

Ketika ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan sedang membentangkan Belanjawan 2024 yang disiarkan secara langsung seuruh negara.

Belanjawan yang bertemakan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat‘ ini menyediakan peruntukan sebanyak RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2.0 bilion simpanan luar jangka.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Antara intipati Belanjawan 2024 yang berhubung kait dengan automotif adalah kerajaan berhasrat merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa.

Konsepnya adalah harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan. Bagi pengguna lain pula, kerajaan akan dikenakan harga yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Melalui pendekatan itu, ia dapat mengurangkan ketirisan subsidi dan mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat. Mulai tahun depan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa.

Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Peruntukan itu akan dimanfaatkan kepada hampir ini kepada sembilan juta penduduk. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anwar Ibrahim

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply