ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha YZF-R15M Monster Energy Edition 2023 dilancarkan – 600 unit sahaja, harga RM14,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan model ‘edisi terhad’ Yamaha YZF-R15M Monster Energy Edition ke pasaran Malaysia dengan warna dan reka corak grafik ‘liveri’ baharu.

Hanya 600 unit sahaja yang ditawarkan dengan harga jualan RM14,998 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran), masih sama seperti versi sebelumnya. Satu lagi pilihan warna iaitu ‘Signature M‘, turut ditawarkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

YZF-R15M masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama seperti R15 terdahulu, iaitu enjin silinder tunggal 155 cc sejukan cecair dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Enjin yang dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan bersama cekam jenis ‘slip & assist ini mampu menjana 19 kuasa kuda pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm daya kilas pada 8,500 rpm.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Model ini dilengkapi dengan panel meter LCD yang menawarkan dua pilihan paparan, iaitu Street dan juga Track. Ia turut dilengkapi ciri Yamaha Y-Connect dan pelana dengan balutan seakan gentian karbon.

Untuk tunggangan yang lebih mantap, jentera dua roda ini dipasang dengan fork hadapan jenis songsang, penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, rim 17-inci dan tayar yang lebih lebar di belakang.

Setiap pembelian YZF-R15M Monster Energy Edition bakal menerima Kunci Cakera Yamaha secara percuma bernilai RM100 dan boleh didapati di pengedar sah Yamaha bermula hari ini, 13 Oktober 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply