ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Berita Tempatan

Views

Gara-gara bergesel dengan sebuah kenderaan yang hilang kawalan dari arah bertentangan, gandar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) tercabut di lokasi kejadian di Kilometer 1.5, Jalan Tampin-Seremban, malam tadi.

Menurut K!ONLINE, dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin kira-kira 9.30 malam itu, kemalangan membabitkan dua buah MPV iaitu Perodua Alza dan juga Proton Exora.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, berkata, berdasarkan siasatan awal, Exora yang dipandu seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara datang dari arah Seremban, manakala, Alza pula dipandu oleh seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun dari arah Tampin.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Exora telah hilang kawalan selepas mengelak binatang yang melintas jalan lalu memasuki laluan bertentangan iaitu laluan pemandu Alza dan kemudiannya bergesel di bahagian depan sebelah kanan.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan Alza telah berpusing dan gandar belakang belakangnya telah tercabut. Anuwal berkata, kedua-dua pemandu MPV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun menurutnya, penumpang Exora mengalami pening akibat terhantuk di papan pemuka dan menerima rawatan di Hospital Pantai, Melaka. Kes telah diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply