ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran baharu BMW Motorrad Kuantan dirasmikan

Views

BMW Motorrad Malaysia dan Millennium Welt telah membuka bilik pameran BMW Motorrad yang baharu di fasiliti bilik pameran yang sedia adanya di Kuantan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan penggemar motosikal di wilayah Pantai Timur. Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaharu bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan dan wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pada bulan Julai tahun ini.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, wilayah Pantai Timur mempunyai potensi pertumbuhan yang baik bagi jenama BMW Motorrad, dan Millennium Welt merupakan rakan kongsi yang penting untuk memperkukuhkan kedudukan di wilayah tersebut. Dengan lebih daripada 800 unit motosikal yang berjaya diserahkan sehingga tarikh terkini bagi tahun 2018, ia mencatatkan pertumbuhan melebihi 24 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Penyerahan unit kenderaan secara global pada tahun lepas bagi rangkaian kenderaan BMW Motorrad telah meningkat sebanyak 13.2 peratus dengan catatan penyerahan yang berjumlah 164,153 unit kenderaan di seluruh dunia. Kadar pertumbuhan tersebut juga dicerminkan di Malaysia, dengan penyerahan 1,052 unit motosikal yang melakar pertumbuhan sebanyak 5 peratus dalam prestasi jualan jika dibandingkan dengan tahun lepas.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia berkata wilayah Pantai Timur terdiri daripada kawasan-kawasan yang mempesonakan, dan ia menjadikannya tempat yang sesuai untuk disusuri oleh penunggang motosikal. En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies pula berkata, dengan pembukaan bilik pameran BMW Motorrad baharu ini, syarikat komited untuk menyampaikan pengalaman premium yang ditawarkan oleh BMW kepada penggemar motosikal di rantau ini.

Selain daripada jentera BMW Motorrad, Millennium Welt Kuantan juga menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang merangkumi model-model BMW dan ‘MINI Service’. Wakil pengedar ini beroperasi di dalam fasiliti bilik pameran yang bersaiz 28,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan sebanyak lapan motosikal BMW Motorrad dan lima kenderaan BMW untuk tujuan pameran. Bilik pameran ini terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply