ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia luaskan kuasanya di Johor

Views

BMW 05

Baru-baru ini BMW Group Malaysia telah membuka cawangan terbarunya di Tebrau, Johor. Pusat 4S (Jualan, Servis, Sisitem dan Alat ganti) tersebut dimiliki oleh Wearnes Autohaus bakal mempamerkan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di bawah satu bumbung. Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata “Kami berbangga kerena dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami di Tebrau dan kawasan sekitarnya bersama rakan premium, Wearnes Autohaus Tebrau.”

Dengan berkeluasan 63,000 kaki persegi, Wearnes Autohaus menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk jenama BMW, MINI dan Motorrad selain BMW Premium Selection. Fasiliti terbaru tersebut mampu mempamerkan 12 unit kenderaan, 13 ruang servis untuk kereta, 3 ruang servis untk motosikal, tempat menunggu yang premium, Isetta Bar, bilik mesyuarat dan bilik perbincangan. Tidak lama lagi, Wearnes Autohaus bakal membuka pusat membaiki dan mengecat badan kereta BMW yang pertama di selatan tanah air.

Pusat 4S Wearnes Autohaus BMW 4S terletak di No. 3B, Jalan Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1 800 88 3000, Wearnes Autohaus +603 6259 8221 atau layari laman web www.bmw.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply