ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Foto Intip

Views

Akhirnya kita berjaya juga melihat wajah sebenar Proton X70 MC2 berwarna Ruby Red ini yang ‘terdedah’ ketika sedang menjalani penggambaran iklan.

Foto panas ini telah berjaya dirakam oleh individu bernama Prince El Rachid dan telah dimuatnaik ke akaun Facebook rakan media kami di PanduLaju.com.my.

Seperti yang dijangka, wajah baharu X70 MC2 menampilkan rekaan jeriji baharu bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jeriji baharu tersebut juga mirip versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

Meskipun tiada foto bahagian belakang, difahamkan lampu belakangnya masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti versi sedia ada, hanya rekaan bampar yang sedikit berubah.

Dikhabarkan, rekaan papan pemukanya mirip Geely Boyue facelift 2022 dengan unit inforia serba baharu yang berkemungkinan ada ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Seperti yang kita telah ketahui sebelum ini, ejen perisik Mat Bond telah memaklumkan bahawa X70 MC2 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah senarai varian untuk model X70 MC2:

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Premium X

Tambah Mat Bond, ada enam pilihan warna yang bakal ditawarkan, antaranya:

  • Snow White
  • Jet Grey
  • Space Grey
  • Armour Silver
  • Deep Marine Blue (warna baharu)
  • Ruby Red

Mat Bond berkata, buat masa ini X70 MC2 masih belum beralih ke fasa pengeluaran massa memandangkan ada beberapa lagi unit model semasa yang sedang dipasang di barisan pengeluaran.

Nantikan perkembangan terkini X70 MC2 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Prince El Rachid dan PanduLaju.com.my

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply