ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAN Malaysia pamer rangkaian penuh produk di MCVE 2024, van MAN TGE buat penampilan pertama di Malaysia!

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mempamerkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatannya buat pertama kali di Malaysia sempena Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) edisi 2024.

Antara yang dipamerkan adalah MAN TGS Prime Mover, trak spesifikasi EURO V terlaris Malaysia, dengan dua varian – 6×4 dan 6×2 ADR (Accord Dangereux Routier atau peraturan Eropah untuk spesifikasi Barang Berbahaya).

Turut dipamerkan ialah casis Bas/Koc MAN RR5, yang kini didatangkan dengan enjin spesifikasi EURO V sebagai pilihan standard yang kini dipertingkatkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sepenuhnya.

Buat julung kalinya, salah satu van terlaris di Eropah, iaitu MAN TGE turut membuat penampilan di MCVE 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dijana oleh enjin turbodiesel 2.0 liter yang cekap bahan api dan emisi rendah, MAN TGE mudah diubahsuai untuk pelbagai kegunaan. Ia boleh didapati dalam bentuk Van Panel, Cab Chassis, Cab Krew, Van Combi, Bas Mini ataupun Camper Van.

Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks, pihaknya teruja menyertai MCVE 2022 dan telah berjaya memukau orang ramai dengan Trak MAN spesifikasi EURO V, termasuk model utama MAN TGX.

O’Brooks berkata bahawa MAN Malaysia sedang secara proaktif meningkatkan sokongan selepas jualannya untuk membantu pemilik syarikat pengangkutan mengurus dan mengurangkan kesan kenaikan kos tahun ini.

Baru-baru ini, MAN Malaysia telah mengumumkan pusat servis Shah Alam telah melanjutkan waktu operasinya kepada 18 jam mulai 8.30 pagi hingga 2.30 pagi keesokan harinya mulai hari Isnin hingga Jumaat.

Penambahan syif lewat sehingga pukul 2.30 pagi akan memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengangkutan untuk mengoptimumkan operasi mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka kini boleh mempunyai pilihan untuk menjadualkan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan mereka pada waktu malam supaya bersedia untuk beroperasi pada siang hari.

Pemandu boleh berehat dengan selesa di sofa kerusi rehat pelanggan dan mempunyai akses kepada kemudahan bilik mandi dan minuman sementara menunggu kenderaan mereka siap. Janji temu boleh dibuat melalui perkhidmatan tempahan dalam talian di laman webwww.man.com.my.

MAN Malaysia juga meningkatkan promosi rangkaian MAN Genuine Parts Ecoline . Alat ganti berkualiti tinggi yang dikilang semula untuk Trak MAN yang lama ini menawarkan penjimatan sehingga 40 peratus tanpa menjejaskan prestasi.

Dalam acara tiga hari itu, MAN Malaysia juga akan mempamerkan dan menjual rangkaian komprehensif alat ganti dan gaya hidup MAN tulen pada harga istimewa.

Kunjungi reruai MAN Malaysia di Booth PS01, MCVE 2024 yang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam dari 9 Mei hingga 11 Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply