ARKIB

KATEGORI

Buletin

12 cawangan lulus permohonan untuk naik taraf ke kepada status 3S dan 4S

Views

Sejumlah 12 pengedar telah lulus untuk dinaiktaraf kepada status 3S dan 4S Proton. Daripada jumlah ini, 6 daripada mereka adalah pengedar baharu. 6 pelabur baharu yang hadir pada majlis tersebut ialah Victorange Sdn Bhd, Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Kota Kinabalu), Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Sandakan), Ming Heng Sdn Bhd, Grand Arena Automotive Sdn Bhd dan YS Autoworld Sdn Bhd.

Menurut Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Corporation, beliau sentiasa percaya akan kemampuan kereta kebangsaan itu untuk menakluk semula pasaran. Keyakinan tersebut telah membuatkan beliau melabur pada dua cawangan iaitu pusat 4S di Kota Kinabalu dan pusat 3S di Sandakan.

Bagi Eric Lee Kok Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Ming Heng Motor Sdn Bhd, beliau benar-benar memahami bahawa kunci kepada perniagaan yang berkekalan adalah kepuasan pelanggan. Ini terbukti berdasarkan pengalamannya sebagai seorang bekas jurubank dengan lebih daripada 25 tahun dalam perbankan runcit.

Selari dengan komitmen jenama untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, cawangan-cawangan Proton telah mula membuat penjenamaan semula untuk tampil lebih menonjol dan menarik. Bahagian dalaman dan luaran bagi cawangan-cawangan ini juga sedang dipertingkat dengan wajah yang lebih baharu dan segar.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Bagi Steven Tan Choon Teck, Pengarah Urusan Tian Siang Deluxe Auto Sdn Bhd, beliau percaya bahawa untuk menukar persepsi orang ramai terhadap Proton haruslah bermula dari pusat cawangan. Salah satu cara yang paling jelas adalah dengan meningkatkan penampilan dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun, selepas perubahan ini dilaksanakan, apa yang penting seterusnya ialah dari segi penyampaian jualan dan khidmat selepas jualan yang baik yang boleh dirasai dan dialami oleh pelanggan.

Sehingga kini, sebanyak 93 cawangan telah diluluskan untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S, pencapaian 85 peratus berbanding sasaran. Jumlah 16 cawangan ini adalah tambahan kepada sasaran sebanyak 109 cawangan, yang mana Proton yakin mampu untuk mencapainya. Segala perancangan kini berjalan dengan lancar dengan 8 negeri kebanyakan memenuhi kuota untuk menaik taraf cawangan kecuali 5 negeri yang lain iaitu Melaka, Johor, Terengganu, Perak dan Tengah.

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd berkata sebelum bulan Oktober, syarikatnya yakin akan dapat merealisasikan sejumlah 109 cawangan . Beliau juga berpuas hati dengan perkembangan yang sedang berjalan di cawangan-cawangan Proton. Banyak lagi pengedar yang akan menaik taraf dan meningkatkan cawangan mereka untuk memberikan pengalaman jualan dan servis lebih baik.

Beliau percaya, pelaburan yang mereka buat hari ini akan mendapat pulangan dalam jangka masa panjang. Cawangan yang baharu dan telah dinaik taraf akan turut membuatkan mereka yang lain yang berminat untuk menjual model Proton masa hadapan untuk menaik taraf, bermula dengan SUV yang bakal dilancarkan nanti.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply