Inilah rupa papan pemuka model kompak terbaru Perodua AXIA yang telah dimuat naik oleh kenyc84 yang merupakan salah seorang pembaca laman web lowyat.net. Terdapat 2 foto yang berbeza dan ia jelas memberi gambaran varian yang akan ditawarkan untuk model terbaru keluaran Perodua ini nanti.
Saya beranggapan untuk model spesifikasi tinggi akan mendapat pemain multi media dengan skrin sentuh, butang kawalan audio pada steering yang dibaluti kemasan kulit. Untuk model spesifikasi rendah cuma mendapat pemain audio biasa. Apa pendapat anda mengenai papan pemuka Perodua AXIA?
recycle d54t!!!
steering Honda???
gile hodoh!!!
woi P2,gaji dh naik 10% pon kejemcm sh34l…puiii…
reka sendiri la kalo rase hodoh.. lalalalaa
ok la tu design die..
yep. Ok la tu.
Okay I guess…but if Perodua could add an auto climate control…
Viva punya dashbd pn aku rasa pelik, nape rasa tinggi dashbod berbanding seating position.
Kancil, kelisa aku rasa nice sbb view clear, not “obstructed” by dashbd.
ok cantik juga kalau harga dia mahal dalam 4-5k dari viva. sebab xnampak cheapo
buruk.. nampak mcm spender.. baik ambik indon punya daihatsy ayla / toyota agya terus.. lagi lawa..
Sad
ok la ni,much more better then viva nye dashboard.
Recycle pale hotak mu yuri. Aku ada dalam development, kalau pandai try la buat 1 dashboard
Kejuteraan dashboard dan bumper…hrp ada u yg fakulti ini…tahniah p2
Boleh cte sket cmne buat dashboard?
Agak2nye ada beza byk kah metod buat dashbd antara perodua dan proton?
hahha.. jangan la mcm nh korang. ok la tu kejuruteraan dashboard. Orang akan hargai deorang.
Proton buat kejuruteraan kereta dari a sampai Z akan dipanggil org tak reti buat kereta, P2 buat kejutueraan dashboard dan bumper pula dipanggil kejuruteraan terulung. – sarcasm mode –
Ssmua enjin 1.0L aluminium.. ada variant E, G, Advance Version.
Bulan ogos sudah terbuka untuk tempahan. Advance version ada gps.
its remind me to Toyot a variant style…E G
Celup tetap celup…p2
Macam lah dulu saga wira perdana buat sendiri…sampai preve design pun copy forte gak…lagi GSC baru copy fiesta…dan enjin campro makan minyak nk mampus…
Byk je design keta lain yg hampir serupa, copy gak la tu kot, huhu
Silap.preve n suprima Giugiaro punya design. Ada makhluk kat P1 tu yg cbuk lukis sketch konon dia punya design tu mmg x sedor diri.sekian
Esok lusa Proton Iriz pula tnjuk full dashboard..hehe
Ok dah ni..sesuailah kalau utk harga lebih 3-4k daripada Viva.
Design biasa-biasa saja..tapi ok lah ni..
Tapi memang tinggi itukah wipernya?
Aku paling tak suka kereta wiper tersembul ni.
mesti kau tak suka kereta exora kan?
ni la sebenarnya kelebihan perodua. celup x celup, design interior dia nampak memang sedap mata memandang untuk segmen kete murah. sebab tu laku. kalau ayla memang nampak murah. even knob aircond pun ade 2 je kalau x silap.
Ni bkn kelebihan…ambik kereta org ngaku hak sendiri…pdhal dashboard dan bumper sje hak sendiri…kami nak tengok kereta tulen p2
Ada perubahan kat perodua nih. Dulu orang komplen pasai design bumper ja. Sekarang dah bleh buat dashbot. Ada peningkatan la tuh
Sekadar bumper dan dshboard pun dah bangga…ntahlah…
setakat baru buat kereta sendiri 6 jenis pun dah nak besar diri ..ntah laaa
cuba kira.
waja, gen2, savvy, saga blm, exora, preve.
persona dgn suprimak tambah punggug buang punggung je.
INTERIOR adalah 100% design perodua, totally change. molek skit. aku sendiri ada dalam development
so sekarang skarang skop p2 merangkumi ini ker
1. Bumper , lampu @ facial depan belakang
2. Dashboard
3. New RIm.
Ada yg lain2 x?
tu yg pengguna akhir seperti kita nampak. selain tu perodua sangat aktif mengeluarkan/mengilang komponen2 penting kereta hatta termasuk kepala silinder (head cylinder) untuk enjin campro proton.
Oleh kerana produa sangat aktif mengeluarkan komponen2 kenderaannya, maka secara tak langsung ia dapat mengawal kualiti komponen yg dikeluarkan oleh vendor2.
@ bani,
yg silinder head tu dh tau lame dah.
dah tahu? tapi tak pun senaraikan dlm senarai list tu. apa benda entah.
patut design dashboard dpn sgt pelik. hodoh la. dah macam dashboard kereta gen 2 punya. nampak tersembol je kat tengah tu.
Xkisahlah diorg nak copy paste ke ape yg pnting ade part yg diorg buat…
Tengah macam vios dugung, meter, stering sama macam vios baru.
harga kalau beza 5-6k lebih dari viva sekarang memang sesuai la untuk student.
Harus diakui designer dan jurutera Perodua lebih baik dalam rekaan kosmetik. Walaupun kereta utk market range 30K-40K mereka berjaya menyembunyikan sambungan-sambungan component utk dibland didalam rekaan. Tak seperti rekaan dashboard Preve yg mana garis-garis sambungan component kelihatan dan melihatkan kecacatan akibat proses pemasangan yg tidak consistence.
Proton harus memiliki mereka sekiranya Proton serius utk bersaing. You will get monkey if you pay peanut bak cakap mat salleh.
Kalau macam myvi baru cantik,tp design, colour and material macam myvi lame… so rasa macam terkebelakang, tp tu la, cars at rm50k range, ok je la… cantik tu kire bonus la untuk keta ni, kku x cantik still rase macam “50k, what do you expect for a car?”
bagus juga, design sendiri. ada improvement la daripada selalu… hope Iriz pun setara nanti. 🙂
ok ni design die. baguih2x. cepat gsc, jgn ketinggalan kay..
-merokok itu haram-
Saya suka rekaan center console yang seakan-akan ditampal pada dashboard seperti Renault Clio 2013. Macam ada sebiji tablet 10 inci melekat kat dashboard. Honda City 2014 pun lebih kurang begitu juga..
dengar dengar 9/9/14…
maksud awak pelancaran model ni ke ?
maknanya same date as PCC
high spec skrg pakai auto aircond mana ader manual lagi
kawan2… jangan la kita mengutuk usaha orang lain, kalau kita tak sanggup dengar kutukan pada sesuatu yang kita minat… biar lah P1 & P2 bersaing secara baik… dan kita peminat2 P1 dan P2 sentiasa dalamm perfect harmoni… jangan ikut perangai cyber bully yang ada dkt PT… kita kat sini… releks2 sudah… bagi pendapat yang bernas… bukan bernanah… salam peace..
Tengok interior mcm saiz viva je. Harap harga pun mcm viva gak la..
apa2 pn..saya sukeee sgtt..Axia is comelll..n cuteee..likeee.. (^_^)