ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Serpihan besi tercicir’ daripada lori barangan lusuh dan kitar semula, tiada unsur khianat – Anih Berhad

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad mengeluarkan satu kenyataan media, berhubung kejadian yang melibatkan beberapa buah kenderaan pengguna melanggar objek serpihan besi, baru-baru ini.

Objek serpihan besi tersebut dikatakan telah tercicir daripada muatan lori yang membawa barangan lusuh dan kitar semula di jajaran LPT 1. Kejadian dilaporkan berlaku pada 29 April 2024, jam 8.15 malam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pihak LPT Ronda telah bertindak dengan segera mengambil langkah-langkah yang sewajarnya termasuk membantu pemandu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Berdasarkan rekod petugas peronda, tiada sebarang kecederaan direkodkan dari pihak pengguna jalan raya yang terlibat dengan kejadian tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan oleh pihak Anih Berhad yang selesai sepenuhnya sekitar 11.45 malam.

Anih Berhad juga telah membuat siasatan awal dan mendapati tiada unsur khianat. Selain itu, laporan polis telah pun dibuat untuk siasatan lanjut.

Pihak Anih Berhad ingin mengingatkan semua pengguna lebuh raya , terutamanya kenderaan perdagangan , untuk bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan muatan yang dibawa, demi menjaga keselamatan bersama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit I ♥ PAHANG dan Lebuhraya Pantai Timur

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply