ARKIB

KATEGORI

Buletin

Misi keliling dunia secara solo dengan Perodua Kenari

Berita Tempatan

Views

Seorang pereka media digital nekad memandu kereta jenis Perodua Kenari yang sudah berusia 20 tahun bagi mencapai impiannya mengelilingi dunia secara solo yang tersimpan sejak kecil.

Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi perjalanan itu di Kuantan pada Rabu. Anak kelahiran Sarawak itu berkata, dia merancang misi solonya itu sejak lima tahun lalu.

“Dulu masa kecil selalu bayangkan betapa luasnya dunia ini, namun cerita mengenai negara-negara luar ketika itu hanya dilihat melalui kaca televisyen, majalah dan surat khabar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Dari situlah timbul keinginan untuk mengelilingi dunia, namun ia bukan sesuatu perkara mudah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Ekspedisi Mengelilingi Dunia Menggunakan Perodua Kenari di pekarangan Menara 188 di Kuantan, pada Rabu.

Majlis pelepasan anjuran Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang itu disempurnakan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.

Jack mengakui pernah hampir putus asa untuk memenuhi impian itu berikutan kesibukan kerja. “Apabila memasuki usia 40-an, saya rasa ‘patah hati’ kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

“Jadi saya fikir, kena buat semula apa yang sudah lama saya impikan iaitu keluar melihat dunia dan mengenali lebih banyak budaya di negara lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Sejak itu, saya mula simpan wang dan sepanjang empat tahun hanya bekerja, tidak keluar berseronok atau lepak minum dengan kawan-kawan,” katanya.

Berkongsi berhubung kereta digunakan, Jack berkata, Perodua Kenari dipilih kerana lebih ekonomi dan selamat. “Kereta ini telah disiapkan termasuk dibaik pulih enjin, dicat baharu dan dilengkapi beberapa peralatan pengembaraan termasuk panel solar serta bateri tambahan.

“Bagi saya kereta ini paling sesuai kerana kalau guna kereta mewah atau kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai besar risikonya mungkin kena rompak atau berdepan masalah lain apabila memasuki negara tertentu,” katanya.

Tambahnya, ekspedisi itu merangkumi jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 200,000 kilometer merangkumi lebih 100 negara dan dijangka mengambil masa hingga tiga tahun.

“Kalau perjalanan berjalan lancar, saya jangka kembali ke tanah air pada Mei 2027,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply