ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh keluar sebelum 8 pagi – Polis

Berita Tempatan

Views

Polis memaklumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) yang melarang orang ramai keluar sebelum jam 8 pagi seperti ditularkan di media sosial.

Ia berikutan video berdurasi 29 saat yang di Twitter membabitkan seorang pemandu sebuah kereta ditahan anggota trafik dalam sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31 di Shah Alam.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata menerusi video itu, terdapat perbualan antara anggota trafik dan pemandu terbabit. Beliau berkata anggota trafik bertanyakan mengenai surat pergerakan serta tujuan pemandu itu keluar.

Anggota itu juga menerangkan SOP pergerakan PKP, bagaimanapun tiada sebarang kompaun dikeluarkan kepada pemandu berkenaan. Pihaknya ingin menegaskan bahawa tiada SOP yang menyatakan kenderaan tidak boleh berada di atas jalan raya bermula jam 8 malam hingga 8 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah beliau, segala kesulitan serta salah faham amat dikesali. Dalam pada itu, Baharudin memaklumkan sebanyak 78 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam operasi bermula jam 7 hingga 9.30 pagi.

Katanya, hasil operasi itu juga pihaknya mengesan sebuah kenderaan lain yang gagal memastikan jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian mengikut kapasiti kenderaan.

Berikutan itu, satu kompaun PKP dikeluarkan mengikut Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply