ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bomba terpaksa umpil tingkap bantu selamatkan kanak-kanak terkunci dalam Toyota Hilux

Berita Tempatan

Views

Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia enam tahun terkunci di dalam kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai di Jalan Daeng Selili dekat Kuala Kangsar, semalam.

K! ONLINE melaporkan, kejadian berlaku ketika wanita itu keluar untuk membeli barang sebelum kenderaan Toyota Hilux itu terkunci secara automatik.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd. Saiful Haniff Mahmad Ayub berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 6.37 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin masih terpasang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, operasi segera dijalankan dengan anggota mengumpil tingkap bahagian pemandu menggunakan peralatan khas. Kanak-kanak terbabit yang nyenyak tidur hanya terjaga selepas dikejutkan bomba.

Katanya, ibu mangsa memberitahu ketika kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta, dia sedang bermain telefon bimbit sebelum terlena.

Wanita itu memberitahu kereta terkunci secara automatik dan kejadian itu hanya disedari setelah selesai membeli barang. Dia juga cuba untuk mengejutkan anaknya dengan mengetuk cermin kereta namun gagal sebelum menghubungi bomba untuk bantuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply