Binaan berbonggol di hadapan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Sullamiah, Bunut Payong, di Kota Bharu yang digelar ‘bonggol maut’ kerana meragut nyawa seorang jururawat Jumaat lalu sebenarnya lintasan pejalan kaki.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail berkata, istilah bonggol tidak tepat kerana binaan itu adalah lintasan pejalan kaki yang dibina khusus untuk kemudahan pelajar SMU Sullamiah melintas.
Katanya, pembinaan lintasan pejalan kaki ini berdasarkan permohonan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMU Sullamiah dengan kelulusan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan demi keselamatan pelajar.
Tambahnya, selepas diluluskan, peruntukan sebanyak RM12,000 telah diterima tahun lalu untuk digunakan bagi membina lintasan jalan kaki dan lampu isyarat di bawah Program Menaik Taraf Keselamatan Jalan Raya.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan tentang ‘bonggol maut’ yang mengundang kemarahan orang ramai selepas seorang jururawat maut apabila kereta dipandunya gagal dikawal lalu merempuh tiang elektrik sebaik sahaja melalui lokasi tersebut, petang Jumaat lalu.
Mengulas lanjut, Mohd. Suhaili berkata, JKR Kelantan peka dengan kejadian tersebut dan segera bertindak mengurangkan ketebalan binaan kepada dua inci atau 5.08 sentimeter berbanding ketebalan asal empat inci atau 10.16 sentimeter, malam kelmarin.
Katanya, binaan itu dikekalkan kerana mengambil kira aduan orang ramai dan kecenderungan segelintir pemandu melebihi had laju ditetapkan 60 kilometer sejam ketika melalui kawasan sekolah terbabit.
Beliau berharap inisiatif ini memberi situasi menang-menang antara pengguna jalan raya dengan pelajar sekolah berhampiran dan para pejalan kaki yang mahu menyeberangi jalan tersebut.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Mewakili JKR Kelantan, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Nurintan Wan Hasan, 36, jururawat yang meninggal dunia dalam nahas Jumaat lalu.
Tambah beliau, spesifikasi awal lintasan pejalan kaki tersebut mempunyai ketebalan empat inci atau 100 milimeter serta lampu isyarat di kawasan itu adalah bertepatan dengan had laju 60 kilometer sejam ditetapkan di kawasan perbandaran.
Kerja-kerja pembinaan itu kata beliau, masih berbaki 10 peratus merangkumi penyambungan bekalan elektrik pada lampu isyarat, garisan kuning serta pemasangan papan tanda amaran dan dijangka siap sepenuhnya pada minggu kedua Oktober.
Pihaknya telah mengambil langkah dengan meningkatkan Pelan Pengurusan Lalulintas (TMP) termasuk pemasangan lampu berkelip (blinkers) di lokasi berkenaan. Memandangkan ia masih di peringkat pembinaan, ciri-ciri keselamatan belum lengkap sepenuhnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI