ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Satria Theo lima pintu – Ok ke kalau jadi model pengganti Suprima S?

Impresi Artis

Views
Proton Satria Theo 5-Door

Dalam artikel terdahulu, kami ada memaparkan rekaan digital Satria Theo hasil karya pemanipulasi foto tersohor Theophilus Chin. Karya tersebut telah berjaya memukau ramai warganet dan ada yang ‘percaya hidup-hidup’ bahawa model tersebut bakal dikeluarkan oleh Proton tidak lama lagi.

Paling lucu, ada juga ‘penasihat jualan nakal’ yang sengaja meletakkan tanda harga pada model tersebut hingga membuatkan ramai yang nyaris terpedaya. Kali ini, Theo sekali lagi ‘mencari pasal’ dengan menambah dua pintu pada model tiga-pintu tersebut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Hasilnya, terciptalah Satria Theo lima pintu yang pada kami memang ‘afdhal’ untuk dijadikan sebagai model pengganti Suprima S yang telah pun ditamatkan pengeluarannya.

Sebenarnya kata Theo, tujuannya menghasilkan Satria Theo lima pintu adalah bagi mengotakan janjinya untuk menghasilkan versi ini untuk para penonton di YouTube, jika video Satria Theo tiga pintu berjaya melepasi angka 50,000 tontonan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dan janji itu telah ditepati. Kali ini, ia didatangkan sekali dengan rekaan dalaman yang telah diubahsuai dari model hatchback Lynk & Co 02 dengan kehadiran logo kepala harimau Proton pada stereng dan beberapa lagi perubahan yang hanya diketahui oleh tuan empunya badan sendiri.

Apa pendapat anda semua? Kami suka rekaan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply