ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bosch Mobility Aftermarket lancar lapan produk baharu ke pasaran tempatan

Berita Tempatan

Views

Bosch Mobility Aftermarket (MA) hari ini memperkenalkan rangkaian produk baharu dengan teknologi terkini. Setiap produk direka khusus bagi meningkatkan prestasi kenderaan ke tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan, serta memaksimumkan kecekapan.

Majlis pelancaran ini bukan sekadar pendedahan produk baharu, malah turut membuka ruang bagi pengedar dan pemimpin industri untuk berhubung, bertukar idea, serta mendalami perkembangan teknologi dan trend pasaran terkini yang berkembang pesat.

Di samping itu, para hadirin berpeluang berdialog secara langsung bersama pakar produk Bosch, membincangkan keperluan spesifik mereka, serta menyaksikan demonstrasi eksklusif yang menampilkan keunggulan teknologi dan peningkatan prestasi yang ditawarkan oleh inovasi terbaru Bosch.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh Kian Chiang berkata, pihaknya teruja memperkenalkan produk canggih ini.

Keunggulan kualiti serta kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharunya, iaitu “Driver’s Choice: Ask for Bosch“.

Pendekatan ini adalah bukti dedikasi mereka dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi serta teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Berikut adalah lapan produk baharu Bosch yang diperkenalkan hari ini:

Senarai Produk Baharu BoschManfaat-manfaat
Clear Advantage TL Wiper1. Direka untuk ketahanan yang lebih tinggi dan kebolehsuaian lebih baik bagi kenderaan baharu buatan Jepun.
2. Proses pengelapan yang lebih senyap dalam apa jua keadaan cuaca.
EFB Battery (M42R)1. Dioptimumkan untuk kenderaan Mula-Henti dan diuji sehingga 36,000 kitaran.
2. Berkuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat yang lebih lama.
C70B Battery Charger1. Pengecasan cekap dengan mod sokongan binaan dalaman untuk meningkatkan aspek penggunaan.
2. Pengecasan pintar dengan tetapan memori tersedia.
3. Ketahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi satu butang yang intuitif.
EVO Spark Plug1. Jangka hayat lebih lama hasil penggunaan pin iridium dan plat platinum untuk menawarkan prestasi yang optimum.
2. Struktur mekanikal dan elektrik yang teguh untuk ketahanan lebih baik dan keupayaan dielektrik yang tinggi.
3. Reka bentuk penebat yang dipertingkatkan dan salutan nikel untuk perlindungan kakisan yang lebih baik. 
Engine Oil1. Direka untuk memberikan pelinciran berprestasi tinggi bagi kecekapan enjin yang optimum dalam semua keadaan.

2. Mengoptimumkan kecekapan untuk penjimatan bahan api yang lebih baik dan tahap penggunaan yang lebih rendah.
3. Melindungi sistem ekzos, mengurangkan emisi, dan mengekalkan pelinciran yang stabil.

Ceramic Brake Pad1. Bahan plat sokongan berkekuatan tinggi untuk mengurangkan lenturan pad dan direka khas untuk kenderaan buatan Malaysia.

2. Reka bentuk pemipis penahan bunyi untuk saringan bunyi yang lebih baik.

3. Formulasi geseran yang sepadan dengan kenderaan untuk keberkesanan brek dalam semua keadaan.

Compound Brake Disc1. Mengurangkan berat kenderaan dan jisim bebas suspensi untuk meningkatkan keselesaan dan kawalan pemanduan.

2. Kapasiti haba dan keraliran udara panas dipertingkatkan yang membolehkan aspek penyejukan lebih pantas.
3. Memenuhi dan menjangkaui piawaian ECER 90 serta dibangunkan untuk kenderaan Continental.

ENV6 Brake Fluid1. Sesuai untuk DOT3, DOT4, DOT5.1 dan Class6 dengan sifat anti-kakisan.
2. Jangka hayat servis yang lebih panjang dan memenuhi piawaian OE.
3. Dibangunkan untuk kenderaan Continental dan sesuai bagi kegunaan kenderaan buatan Jepun untuk prestasi brek yang lebih baik.

Pelancaran ini turut menampilkan sesi pembentangan oleh wakil utama Bosch, yang menyentuh pelbagai aspek seperti pemerkasaan jenama, penerangan produk, dan inisiatif dalam meningkatkan pengalaman pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply