ARKIB

KATEGORI

Buletin

Brosur Toyota Vios baharu bocor – Tempahan mula dibuka 22 November 2018

Views

Toyota Malaysia telah memuat naik satu hantaran memaparkan iklan tempahan untuk model Vios generasi baharu yang akan mula dibuka pada 22 November ini. Kami menjangkakan Vios generasi baharu akan membuat kemunculan sulungnya di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 bermula 23 November dan ia akan dipertontonkan kepada pihak media sehari lebih awal. Selain itu dua model konsep FT-1 dan i-Road juga bakal membuat penampilan kali pertamanya di pameran tersebut.

Kami turut menerima satu foto brosur Vios yang tertiris lebih awal dan ia memaparkan beberapa ciri menarik yang ada pada model tersebut antaranya pendingin hawa automatik, meter optitron, paparan pelbagai maklumat, suis mod pemanduan, tuil gear tangan (paddle shifter), cermin pandang belakang anti-silau, dan lampu depan dengan fungsi “follow me home”.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Lima pilihan warna ditawarkan untuk Vios terbaharu ini antaranya, merah, putih, hitam, biru dan perak. Vios baharu turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Pemantauan Titik Buta, tujuh beg udara, monitor pandangan panoramik, Kawalan Mendaki dan perakam video digital hadapan dengan Amaran Perlanggaran Hadapan serta Amaran Keluar Lorong.

Vios baharu akan dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter yang mampu menjana 105 hp pada 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik CVT nisbah maya tujuh-kelajuan. Vios baharu menerima penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Toyota Malaysia mengenai Vios baharu.

Nantikan kemunculannya!

Video iklan Toyota Vios baharu dari laman YouTube Toyota Filipina

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply