ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ceriakan Rumah Kanak-Kanak Shan sempena Deepavali

Views

Sebagai sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Korporatnya selama tiga tahun kepada Rumah Kanak-Kanak Shan yang bermula Deepavali lepas, Perodua kembali ke rumah kebajikan itu pada Jumaat lalu untuk berkongsi kasih sayang, keceriaan dan harapan sempena Pesta Cahaya tahun ini.

Sewaktu kanak-kanak berada di taska atau sekolah di awal pagi, 10 anggota sukarelawan Perodua bergotong-royong membersihkan dan menghiaskan kawasan rumah, di samping membuat kolam (seni serbuk berwarna) di hadapan pintu utama. Ditambah dengan kehadiran maskot Perodua UFirst Ken, anak-anak semua cukup teruja dan gembira apabila mereka pulang ke rumah.

Perodua turut menyumbang sebuah ketuhar industri serta bahan dan peralatan lain bernilai lebih RM5,000, sebagai kesinambungan kepada kelas membuat roti yang telah diaturkan oleh Perodua untuk Rumah Kanak-Kanak Shan awal tahun ini. Ini membuka peluang kepada mereka untuk mengkomersilkan bahan buatan sendiri.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, sebagai syarikat People First, Perodua memberi perhatian kepada ikhtiar kebajikan yang mampan, seperti projek jangka masa panjang dengan Rumah Kanak-Kanak Shan ini. Mereka telah diajar membuat roti serta kek dan sekarang Perodua membekalkan mereka dengan peralatan lengkap supaya mereka boleh melakukan pembuatan berskala sederhana.

Perodua akan membimbing mereka ke arah memasarkan produk mereka, dengan harapan hasil pendapatan mampu membantu mereka menampung kos perbelanjaan mereka. Perodua juga berharap ia dapat memupuk semangat dan sifat keusahawanan dalam diri mereka. Rumah Kanak-Kanak Shan terdiri daripada 20 orang kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 15 tahun.

Perodua juga menyumbang RM3,000 tunai kepada Rumah Kanak-Kanak Shan serta mengagihkan duit raya kepada setiap anak-anak dan penjaganya. Kanak-kanak kemudiannya menikmati minuman petang dan dihiburkan dengan aktiviti seni pasir. Deepavali menandakan kecerahan mengatasi kegelapan, juga harapan memenangi kekecewaan. Perodua berharap dapat membawa semangat itu kepada penghuni-penghuni Rumah Kanak-Kanak Shan dan berdoa supaya mereka akan sentiasa dipenuhi kegembiraan dan keyakinan untuk masa hadapan.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply