ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Jualan Akhir Tahun Haval bermula sekarang sehingga 31 Disember 2018

Views

Sempena promosi Akhir Tahun 2018 yang bermula di seluruh negara, Go Auto Sales Sdn Bhd pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia turut tidak ketinggalan dengan mengadakan Promosi Jualan Akhir Tahun Haval 2018 untuk semua model keluarannya. Promosi bermula dari 15 November sehingga 31 Disember 2018 bakal menawarkan penjimatan sehingga RM6,300 beserta cenderahati Haval, eksklusif untuk pelanggan baharu dan sedia ada Haval yang membeli model H2.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Selain dari promosi semasa, Haval akan turut mengadakan jerayawara di IOI Citymall, Putrajaya bermula 29 November – 2 Disember dan untuk pelanggan yang membuat tempahan model H2 semasa acara tersebut berlangsung akan mendapat tiga kali servis percuma (termasuk alat ganti dan upah) yang bernilai RM900.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, syarikatnya akan melancarkan van komersil pertama keluarannya, GO AUTO Higer Ace pada 28 November di pusat membeli-belah tersebut sehari sebelum jerayawara bermula. Untuk maklumat lanjut, layari laman mikro http://reimagine.haval.my/.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply