ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

BSH tawar diskaun 40 peratus untuk alat ganti kepada pemilik motosikal Honda yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang

Views

Berikutan dengan bencana banjir di Pulau Pinang, Boon Siew Honda menawarkan bantuan kepada semua pemilik motosikal Honda yang terjejas dengan bencana tersebut. BSH akan mengadakan Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir di Pulau Pinang yang menawarkan diskaun sebanyak 40 peratus untuk alat ganti tulen dan kos buruh percuma untuk sebarang perkhidmatan menerusi pengedar yang terpilih.

Program bantuan banjir ini telah bermula pada 10 November 2017 sehingga 31 Januari 2018. Semua pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk menghubungi pengedar berhampiran yang terpilih untuk membuat temu janji. Berikut adalah senarai pengedar yang terpilih untuk Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir di Pulau Pinang :

  • TAYCON MOTOR SDN BHD
  • CHANG MOTOR SDN BHD
  • SING HUAT MOTORS SDN BHD
  • BOON HAI MOTORS SDN BHD
  • KB SOON HUAT MOTOR SDN BHD
  • CHUNG SENG MOTOR (S. PERAI) SDN BHD
  • EL CHONG MOTOR TRADING SDN BHD

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply