ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Naza Kia Malaysia lancar Program Bantuan Banjir untuk pelanggan mereka di Kawasan Utara – Bagi diskaun alat ganti sehingga 50 peratus

Views

Dalam usaha berterusan untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, Naza Kia Malaysia, menawarkan Program Bantuan Banjir untuk para pelanggan mereka yang berada di Kawasan Utara yang terjejas akibat banjir. Program tersebut bermula pada 7 November 2017 dan akan berakhir pada 31 Disember 2017.

Dalam tempoh tersebut, pemilik kenderaan Kia yang terlibat boeh menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pengedar sah Kia di kawasan tersebut untuk pemeriksaan percuma dan nasihat profesional. Naza Kia Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk penukaran alat ganti tulen Kia dan juga diskaun untuk kos buruh, tertakluk kepada tahap kerosakan pada kenderaan tersebut.

Program Bantuan Banjir hanya ditawarkan untuk kenderaan Kia yang tidak dilindungi dengan insurans bencana alam. Sementara itu, pemilik kenderaan juga boleh mengikuti langkah keselamatan ini bagi mengelakkan kerosakan lebih besar kepada kenderaan mereka:

  1. Jangan cuba menghidupkan kenderaan anda atau hidupkan suis pencucuhan.
  2. Buka pintu kenderaan secara manual dengan menggunakan kunci bagi mengelakkan kegagalan bahagian elektronik dari penggunaan alat penggera kawalan jauh.
  3. Segera tanggalkan terminal bateri negatif untuk mengelakkan aliran elektrik di dalam kenderaan anda.
  4. Buat laporan polis dan beri makluman kepada syarikat insurans anda.
  5. Keluarkan barang berharga dari kenderaan anda sebelum mengunci kenderaan anda secara manual.
  6. Lakukan persediaan untuk menunda kenderaan anda ke pusat servis Naza Kia terdekat untuk diperiksa.

Pengedar Naza Kia yang mengambil bahagian:

NoOutletNegeri
1NKM PenangPulau Pinang
2NKM JuruPulau Pinang
3KIA JNS Automotive Services Sdn BhdPulau Pinang
4Gem Utara Sdn BhdPulau Pinang
5CS OTC Vision Sdn BhdPulau Pinang
6NKM Alor Setar Kedah
7Kia Huat Technical Services Sdn BhdKedah
8Tiang Hooi Automobile Sdn BhdPerak
9Korean Motor Sdn BhdPerak

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply