ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat aksi ‘Superman’ ketika pulang konvoi, tiga samseng jalanan ditahan

Berita Tempatan

Views

Aksi ‘superman’ tiga samseng jalanan ketika pulang berkonvoi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, mengundang padah selepas ditahan polis, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman mengesan kumpulan penunggang motosikal terbabit melakukan aksi melulu dan berbahaya.

Ketiga-tiga penunggang berusia 21 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.35 pagi ketika memberhentikan motosikal di pekarangan stesen minyak di hentian rehat dan rawat Dengkil arah utara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam operasi berlainan, JSPT Bukit Aman turut menahan seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Semenyih, Selangor kira-kira jam 3.20 pagi Sabtu.

Mohd Azman berkata, pemeriksaan mendapati lelaki berusia 29 tahun itu melakukan kesalahan pengubahsuaian nombor pendaftaran motosikal bagi mengaburi pihak berkuasa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penunggang itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kajang untuk tindakan mengikut Seksyen 108(F) APJ 1987.

Tambahnya, secara keseluruhan seramai 11 penunggang telah diperiksa membabitkan empat tangkapan dengan motosikal jenis Yamaha Y15ZR serta Yamaha Y16ZR telah disita.

Tegasnya, JSPT menasihatkan penunggang-penunggang motosikal supaya memastikan undang-undang dan peraturan lalu lintas dipatuhi.

Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan kegiatan samseng jalanan dan pemalsuan butir-butir kenderaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply