ARKIB

KATEGORI

Tular

Bukan Maybach atau Rolls Royce, tapi Genesis G90 Limousine jadi pilihan Sultan Johor

Tular

Views

Siang tadi tular foto-foto yang memaparkan kenderaan rasmi baharu Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor. Kenderaan tersebut membawa baginda berdua berangkat untuk merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Yang Ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Apa yang menarik perhatian warganet dan juga menjadi ‘topik membawang’ peminat automotif adalah model yang dipilih merupakan sebuah kereta mewah yang dihasilkan anak syarikat Hyundai, iaitu Genesis G90 Limousine. Model ini mempunyai jarak di antara gandar yang lebih panjang berbanding model standard, iaitu pertambahan 11.4 inci.

Ini membolehkan penumpang di bahagian belakang mendapat tambahan kira-kira 11 inci ruang kaki. Selain itu bukaan pintu belakang juga lebih panjang 1.5 inci bagi memudahkan penumpang untuk masuk dari keluar. Ruangan kabinnya pula dihiasi kemasan tempat duduk mewah dengan upholsteri kulit separa anilin dengan reka corak timbul.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tempat duduk VIP di bahagian belakang ini juga dilengkapi dengan ciri pelaras-kuasa dengan 18-tetapan serta menampilkan perehat kaki. Penumpang di bahagian depan turut menerima kemasan tempat duduk yang sama dengan stereng kemasan dwitona.

Model ini dijana oleh enjin 5.0-liter V-8 yang menjana 425 kuasa kuda yang digandingkan bersama transmisi 8-kelajuan automatik. Model standardnya pula hanya ditawarkan dengan pilihan enjin 3.3-liter turbocas-berkembar yang menghasilkan 365 kuasa kuda. Harga yang ditawarkan untuk model ini dianggarkan sekitar $138,000 (RM584,154) tidak termasuk cukai dan lain-lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit HRH Crown Prince of Johor

Genesis G90 Limousine 2020

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply