ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan rentas negeri balik kampung sewa ambulans swasta gagal

Berita Tempatan

Views

Bagi mengaburi mata pihak polis, empat warganegara tempatan sanggup menyewa ambulans swasta dengan harga RM1,300 semata-mata untuk merentas negeri.

Menurut MalaysiaGazette, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki dan dua wanita terbabit berputih mata apabila tindakan tersebut dihidu oleh anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanjung Belenggu, Temerloh pada jam 6.15 petang kelmarin.

Menurutnya, sepasukan Polis IPD Temerloh dalam OP COVID telah terserempak dengan sebuah van dalam keadaan mencurigakan di Taman Bahagia dan mendapati beberapa individu berada di bahagian belakang van.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, semasa lampu siren kecemasan dinyalakan dan beredar menghala ke Jalan Tengku Ismail ambulans tersebut, pihak polis menahan ambulans tersebut di SJR Kampung Tanjung Belengu (Jalan Triang) dengan bantuan petugas SJR.

Hasil pemeriksaan di dalam ambulan mendapati ada enam penumpang terdiri daripada dua individu bersama sepasang bayi kembar dan dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan lima tahun di bahagian belakang ambulan.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen rawatan dan gagal menunjukkan sebarang dokumen pergerakan yang sah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Hasil soal siasat awal mendapati mereka menggunakan pemandu ambulans untuk membawa penumpang bersama anak-anak serta ibunya ke kampung halaman di Felda Sungai Kelamah, Gemas Negeri Sembilan dengan bayaran RM1,300.

Dalam pada itu, pihak majikan pemilik ambulans hanya mengetahui pergerakan ambulans oleh kakitangan untuk menghantar pesakit ke Gemas, Negeri Sembilan. Susulan itu tangkapan dibuat ke atas mereka kerana atas kesalahan gagal mengemukakan sebarang dokumen pergerakan yang sah.

Kesemua tangkapan di bawa ke IPD Temerloh untuk tindakan lanjut. Dua suspek lelaki akan direman selepas ujian COVID-19, manakala dua wanita diberi jaminan. Majikan van ambulans pula akan hadir memberi keterangan pada keesokan harinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 270 KK di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Tambah Mohd Yusri, siasatan lanjut akan diteruskan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya bagi pendakwaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MalaysiaGazette

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply