ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD buka kilang EV di Thailand, pertama di Asia Tenggara

Berita Global

Views

Firma China, BYD membuka kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand, kilang pertama pembuat kereta itu di Asia Tenggara, pasaran EV serantau yang berkembang pesat di mana ia telah menjadi syarikat yang dominan.

Thailand mempunyai visi EV yang jelas dan sedang memasuki era baharu pembuatan kereta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden BYD, Wang Chuanfu pada majlis perasmian.

“Kami akan membawa teknologi dari China ke Thailand.”

Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih AS$1.44 bilion (RM6.79 bilion) daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Saham pembuat kereta yang tersenarai di Hong Kong itu meningkat 3.2 peratus kepada HK$237.60, lonjakan harian terbesar sejak 13 Jun lalu.

Menjelang 2030, Thailand menyasarkan untuk menukar 30 peratus daripada pengeluaran tahunannya sebanyak 2.5 juta kenderaan kepada EV, menurut perrancangan kerajaan.

Thailand adalah hab pemasangan dan eksport kereta serantau, dan telah lama dikuasai oleh pembuat kereta Jepun seperti Toyota Motor, Honda Motor Co dan Isuzu Motors.

“BYD menggunakan Thailand sebagai hab pengeluaran untuk eksport ke ASEAN dan banyak negara lain,” kata Setiausaha Agung Lembaga Pelaburan Thailand, Narit Therdsteerasukdi, merujuk kepada 10 negara blok Asia Tenggara itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kemudahan itu, diumumkan dua tahun lalu, bernilai AS$490 juta dan akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 kenderaan setahun, termasuk hibrid ‘plug-in‘.

Kilang yang luas di daerah Rayong di timur Thailand itu akan menggaji kira-kira 10,000 pekerja, sebahagian daripada mereka dilihat mengendalikan jentera ketika badan model dalam pembinaan BYD Dolphin bergerak melalui barisan pemasangan.

“Kami juga akan memasang bateri dan bahagian penting lain di sini,” kata Pengurus Besar Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang.

Thailand ialah pasaran luar negara terbesar untuk BYD, yang menguasai 46 peratus bahagian segmen EV negara itu pada suku pertama dan merupakan syarikat ketiga terbesar dalam kereta penumpang, menurut firma penyelidikan Counterpoint. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Our Worlds dan Nattiez Natt

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply