Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa model BYD pasaran tempatan tidak terjejas oleh pengumuman panggilan semula oleh BYD di China, baru-baru ini.
Ia hanya terhad kepada kenderaan yang dijual di pasaran negara “Tembok Besar” itu sahaja. Pengumuman itu menyatakan, “BYD Auto Industry Co., Ltd. dan BYD Automobile Co., Ltd. sedang memanggil semula beberapa kenderaan elektrik Dolphin dan Yuan PLUS (ATTO 3) yang dihasilkan secara domestik.”
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Kumpulan dan model yang dipanggil semula dalam wilayah tanah besar China tidak melibatkan pasaran di luar wilayah negara tersebut.
Baru-baru ini, sebanyak 96,714 unit BYD Dolphin dan Yuan PLUS telah dipanggil semula berikutan masalah elektronik yang boleh menyebabkan risiko kebakaran.
Menurut laporan dari CarNewsChina, panggilan semula ini menyasarkan kenderaan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu disebabkan oleh kecacatan dalam proses pembuatan pengawal pemasangan lajur stereng kuasa elektrik (CEPS).
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Apabila penutup peralatan ditutup, ia mungkin mengganggu kapasitor pada papan litar pengawal, menyebabkan retakan mikro pada kapasitor tersebut.
Retakan ini mungkin membesar semasa penggunaan kenderaan, yang boleh membawa kepada litar pintas, kepanasan melampau, dan berpotensi menyebabkan kebakaran, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.
Pengedar BYD akan memasang pad penebat pada unit kawalan secara percuma bagi menghindari risiko yang berkaitan dengan keselamatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI