ARKIB

KATEGORI

Buletin

CAAM siasat helikopter tapau nasi ganja

Berita Tempatan

Views

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah memulakan siasatan ke atas helikopter Bell 505 yang mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengambil tempahan nasi ganja.

Menurut Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, helikopter berkenaan dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) didapati mendarat di kawasan berkenaan pada jam 10 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati helikopter berkenaan berlepas pada 9.08 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh dan kembali ke Subang pada jam 11.02 pagi, seperti yang difailkan dalam pelan penerbangan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Siasatan segera bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

Tambah beliau, pihaknya juga akan membuat semakan sama ada pengendali dan kru pengendali helikopter itu melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop yang diluluskan atau sebaliknya.

CAAM ingin menegaskan bahawa semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan umum seperti tertakluk dalam CAD 2 (Rules of the Air), Chapter 3.1. Protection of Persons and Property serta peraturan lain yang berkaitan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kata kenyataan itu lagi, CAAM juga akan terus memastikan semua pengendali pesawat mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan yang ditetapkan demi keselamatan industri dan orang awam.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengenai sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, semalam, untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AWANI Perak

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply