ARKIB

KATEGORI

Buletin

CEV Moto3 – Damok tawan Litar Catalunya

Sukan Permotoran

Views

Pelumba negara, Syarifuddin Azman dari pasukan SIC Racing mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara Race 1 saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, hari ini.

Menurut Berita Harian, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 melintasi garisan penamat dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s).

Syarifuddin berkata, beliau amat bersyukur dengan kemenangan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan.

Tambahnya, ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga. Beliau kini berada di kedudukan keenam keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply