ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOP PKP 3.0 mungkin dilonggarkan jika kes harian turun ke paras 4,000 – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagaimanapun, katanya itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP. Menurut Malaysiakini, beliau dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ke paras 4,000 kes, pihaknya akan ‘menilai semula’ PKP ini.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambah beliau, ini tidak bermakna pihaknya akan menamatkan PKP, tapi ia mungkin dinilai semula dari segi SOP yang mana boleh dilonggarkan sedikit. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, sebelum itu melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru.

Beliau juga berkata KKM akan membuat syor mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply