ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery mula eksport Jaecoo buatan Malaysia ke Asia Tenggara

Berita Tempatan

Views

Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd akan memulakan eksport kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo, sebahagian daripada subjenama premium syarikat itu, ke pasaran Asia Tenggara tahun ini.

Naib Presiden Eksekutifnya, Leo Chen, berkata Malaysia akan menjadi pusat pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) Chery bagi rantau ini, sekali gus menjadikannya pengeluar kenderaan China pertama yang mengeksport kenderaan dari Malaysia.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

“Langkah memperluaskan eksport ini akan memperkukuh kapasiti pengeluaran kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini.

Selain itu, Chery teruja untuk memainkan peranan dalam merangsang ekonomi Malaysia, membangunkan bakat tempatan dan mengukuhkan rantaian bekalan kami,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut syarikat itu, fasa awal eksport akan melibatkan model SUV Jaecoo dengan enjin pembakaran dalaman serta kenderaan elektrik palam hibrid, dengan penghantaran pertama disasarkan ke Thailand, Brunei, Filipina dan Singapura.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

“Pengeluaran bagi pasaran eksport Asia Tenggara disokong oleh kemudahan pengeluaran Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Sebagai persediaan meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi pertumbuhan masa depan, Chery juga menjalinkan kerjasama strategik dengan kilang pemasangan tempatan lain di Malaysia,” katanya.

Syarikat induk, Chery Group, merekodkan jualan sebanyak 2.6 juta kenderaan pada 2024, meningkat 38.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala eksport melonjak 21.4 peratus kepada 1.1 juta unit. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply