ARKIB

KATEGORI

Buletin

City generasi baharu diperkenalkan, harga bermula dari RM 75,800

Views

city 1

Minggu lalu, Honda Malaysia memperkenalkan City generasi keempat yang merupakan satu penanda aras baru dalam segmen sedan mampu milik. Ia telah menerima 1,800 tempahan dan maklum balas positif sepanjang acara pra pelancarannya pada bulan lalu. City merupakan sedan terlaris Honda Malaysia sejak ia diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2001 dengan lebih 145,000 unit berada di atas jalan raya di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Yoichiro Ueno berkata, “City serba baharu ialah model pertama yang dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun ini. Ia menawarkan sofistikasi melalui pakej keseluruhannya yang pasti memenuhi keperluan para pelanggan. City serba baharu menggabungkan penampilan premium, pemanduan yang mengujakan, keselesaan dan ruang kabin yang luas bersama barisan ciri keselamatan yang mendahului kelasnya.

City serba baharu dibina berasaskan kepada konsep Exciting H Design!!! di mana “H” bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang. Bahagian hadapan sedan ini menampilkan wajah Exciting H Design!!! yang berbentuk ‘solid wing face’. Sementara bahagian belakang City serba baharu pula nampak lebar bersama imejnya yang premium dan gabungan lampu belakang serta tempat meletak plat yang sepadan.

city 13

City generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik (kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm). Ia dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) terkini yang dibangunkan di bawah ‘Earth Dreams Technology’ Honda demi menawarkan kombinasi prestasi dan penjimatan bahan api yang sempurna. Sebagai tambahan, mode ECON menjadi ciri standard pada semua varian City serba baharu buat pertama kalinya. Ini bagi meningkatkan lagi penjimatan bahan api kenderaan dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja.

City serba baharu menawarkan ruang kabin yang cukup luas terutama di bahagian belakangnya. Ini bagi memberikan keselesaan yang tiada tandingan kepada pemandu dan semua penumpang. City serba baharu juga menawarkan ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Ia boleh menempatkan barang-barang yang besar seperti tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf dan kereta sorong bayi. Sekali gus menjadikannya sangat mudah jika ingin bersiar-siar dengan rakan-rakan atau keluarga.

city 4

Bagi menambah kemudahan dan praktikalitinya, City serba baharu dilengkapi pelbagai ciri termaju. Antaranya termasuklah sistem Kemasukan Pintar (Smart Entry) [E dan V varian], butang penghidup enjin [E dan V varian], Kawalan Jelajah (Cruise Control) [V varian], Paparan Audio bersaiz 7” dengan fungsi MirrorLink [V varian], 8 unit pembesar suara (paling banyak dalam segmennya) [V varian], Meter Kombinasi Multi Maklumat, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang [E dan V varian], dua jack USB [V varian], 3 soket kuasa [E dan V varian], lapan tempat meletak botol minuman dan kompartmen-kompartmen penyimpanan barang yang pintar. Kawalan Telefon Bebas Tangan [S+, E dan V varian] dan Kawalan Pengecaman Suara [V varian] pada stereng disambungkan dengan sistem infotainmen kenderaan untuk memberi kemudahan di hujung jari pemandu.

City serba baharu juga menawarkan ciri-ciri keselamatan terbaik yang memberi keutamaan kepada pemandu dan penumpangnya. Ia memiliki 6 beg udara [V varian] yang mendahului kelasnya (termasuklah Dua Beg Udara Hadapan SRS, Beg Udara i-Side dan Beg Udara Curtain Sisi), Vehicle Stability Assist (VSA) [E dan V varian], Hill Start Assist [E dan V varian], Emergency Stop Signal [E dan V varian] dan ISOFIX.

city 8

City serba baharu boleh didapati dalam 5 warna: Modern Steel Metallic, perak (Alabaster Silver Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl) dan satu warna baru yang menarik iaitu biru (Brilliant Sporty Blue Metallic). Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had serta selang servis sehingga 10,000km demi memudahkan para pelanggan menjadikan City sebagai kenderaan pilihan mereka.

City serba baharu turut didatangkan dalam 2 pakej aksesori yang terdiri daripada Aksesori Tulen Honda (RM1,700) dan Pakej Modulo Honda (RM3,200) untuk para pelanggan yang mahu mengubahsuai kenderaan mereka. Honda Malaysia percaya bahawa City Serba baharu ialah sedan asas (entry level) ideal yang ada di pasaran Malaysia dan harganya pasti akan menarik minat ramai.

Berdasarkan kepada populariti City, Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual 2,500 unit City serba baharu sebulan pada tahun 2014. Semua varian ini akan dipasang di kilang milik Honda Malaysia di Melaka. En. Ueno turut mengumumkan bahawa varian CKD hibrid akan ditambah pada masa akan datang. “Kami merancang untuk melancarkan City Serba baharu hibrid untuk mengembangkan pilihan CKD hibrid kami.”

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

* maaf sebab agak lewat naikkan artikel baru, nantikan artkel seterusnya tak lama lagi… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply