Kilang tayar Continental di Petaling Jaya, Malaysia telah melancarkan projek tenaga solar dengan pemasangan 2,500 panel solar yang meliputi kawasan seluas 10,000 meter persegi, baru-baru ini.
Fasa pertama projek ini mempunyai kapasiti solar sebanyak 1,500 kilowatt-puncak (kWp) dan dijangka menjana 2 juta kilowatt-jam (kWj) tenaga hijau setiap tahun.
Ini bermakna, kilang tayar Continental di Petaling Jaya akan memenuhi kira-kira 13 peratus keperluan elektriknya melalui penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran siang hari, mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 1,400 tan setahun.
Pengarah Urusan Kilang Tayar Continental di Petaling Jaya, Andrea Somorova berkata, projek pemasangan panel solar di kilang ini mencerminkan dedikasi pihaknya dalam mengurangkan pelepasan karbon dan menerima pakai penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
Pengurus Kilang Tayar Continental di Petaling Jaya, Flora Hong Xu menambah, projek tenaga solar ini mencerminkan komitmen Continenta terhadap kelestarian sambil menyokong matlamat neutral karbon Malaysia. Ia juga memastikan keselamatan tenaga untuk generasi akan datang.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir.
Beliau berkata, komitmen Continental terhadap kelestarian di kilang tayarnya di Petaling Jaya melangkaui tenaga solar adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan impak alam sekitar.
Dengan menggunakan tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui, syarikat ini bukan sahaja mengurangkan kos operasinya, malah menyumbang kepada matlamat Malaysia untuk masa depan yang neutral karbon.
Kejayaan pelancaran Fasa 1 projek tenaga solar di kilang tayar Continental di Petaling Jaya adalah permulaan kepada projek yang lebih besar.
Terdapat perancangan untuk menggandakan jumlah kapasiti penjanaan tenaga solar kilang pengeluaran tayar ini kepada 4 juta kWj menjelang akhir 2026.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penjimatan tenaga global Continental, di mana pengeluar tayar ini secara sistematik mengurangkan jejak karbon operasinya.
Continental Tires bercita-cita untuk mengurangkan penggunaan tenaganya sebanyak 20 peratus menjelang 2030 berbanding 2018. Ia menyasarkan untuk mencapai pengeluaran neutral iklim selewat-lewatnya pada 2040.
Sejak akhir 2020, elektrik yang dibeli untuk semua lokasi di seluruh dunia telah pun diperoleh daripada sumber tenaga boleh diperbaharui dan bersifat neutral karbon. Untuk tujuan ini, jaminan asal diperoleh mengikut kriteria Inisiatif RE100 global.
Kilang tayar Continental di Petaling Jaya, yang terletak di Selangor, mula beroperasi sejak tahun 1963. Selama beberapa dekad, kilang ini telah melalui banyak transformasi, dan pada tahun 2012 menjadi milik dan dikendalikan oleh Continental.
Ketika ini, kilang tersebut dikenali sebagai Pusat Inovasi dan Kecemerlangan, yang mengkhususkan dalam Tayar Komersial Khas dan berfungsi sebagai satu-satunya fasiliti pengeluaran Tayar X-Ply OTR dalam rangkaian global Continental.
Ia juga mengeluarkan tayar Off-The-Road (OTR) untuk aplikasi khusus seperti operasi pelabuhan dan pengangkutan perlombongan, dengan keupayaan mengeluarkan tayar dalam saiz antara 24 inci hingga 35 inci.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI