Pengeluar tayar terkemuka, Continental kini telah memperluaskan rangkaian tayar dengan teknologi ‘tampalan-automatik’ atau ContiSeal yang inovatif untuk pelbagai set produk dan saiz rim.
Pengenalan ini bertujuan menjadikan tawaran tersedia kepada rangkaian pemilik kereta yang lebih luas di samping meningkatkan keselamatan untuk pemandu.
Kali pertama diperkenalkan pada tahun 2003, teknologi ContiSeal telah ditambah baik selama lebih dua dekad, membolehkan tampalan segera sebanyak 80 peratus daripada semua tusukan, dan 99.9 peratus daripada tayar pancit sehingga diameter 5mm.
Melalui proses pemvulkanan, ketahanan dan keanjalan tayar ContiSeal dipertingkatkan, lantas menghasilkan bunyi rongga (cavity noise) yang boleh mengurangkan sehingga 3dB melalui ruang jisim yang diminimumkan dalam tayar.
Mampu menampal lubang sehingga diameter 5mm, teknologi ini menghasilkan tampalan kedap udara yang menghalang udara daripada bocor.
Digunakan pada bahagian dalam tayar di kawasan bunga, lapisan pengedap memastikan tayar mengekalkan integriti dan prestasinya, walaupun dalam keadaan yang ketat dan mencabar.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Oleh itu, dalam keadaan penembusan objek asing, seperti paku, tidak ada keperluan segera untuk menukar tayar di tepi jalan, dan lubang tetap tertutup walaupun objek yang menusuk itu tercabut.
Sebagai bukti kepada keandalan tayarnya, prestasi teknologi tampalan automatik tidak terjejas oleh faktor persekitaran, dengan hayat perkhidmatan yang melebihi tayar itu sendiri.
Berlawanan dengan tayar gerak kempis (run-flat tyres), tayar ContiSeal berfungsi seperti tayar standard tanpa mengorbankan keselesaan dan tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan khusus.
Tidak seperti tayar pancit run-flat, yang mempunyai had pada pengendalian, kelajuan dan jarak, tayar ContiSeal mengekalkan integriti dan prestasi walaupun selepas pancit, sekali gus membenarkan pemanduan tanpa had dan boleh dibaiki jika perlu.
Meskipun tayar tampalan automatik mungkin pada awalnya adalah lebih mahal, untuk jangka panjang tayar ini lebih menjimatkan kos, sekali gus mengurangkan kebergantungan untuk bantuan di tepi jalan, penundaan atau kekerap menukar tayar.
ContiSeal turut dijamin di bawah waranti pembuatan standard Continental, sekiranya berlaku sebarang kecacatan prestasi penampal tusukan dalam lingkungan 5mm (di kawasan bunga), bayaran balik waranti pro rata akan diberikan.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Selain itu, dengan pembelian tayar ContiSeal, pengguna jalan raya juga boleh meraih manfaat daripada Total Confidence Plan (TCP), yang menyediakan penggantian tayar satu sama satu untuk kerosakan jalan yang tidak dijangka dalam tahun pertama, dengan tuntutan diuruskan dengan mudah melalui aplikasi Conti TCP.
Walaupun ContiSeal menawarkan pembaikan segera, penyelenggaraan susulan akan memastikan keselamatan dan prestasi jangka panjang.
Disebabkan keupayaan penampal automatik yang berkesan, ramai pemandu mungkin tidak menyedari sebarang tusukan atau objek tajam menembusi tayar ContiSeal.
Continental mengesyorkan penggunaan peranti Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) untuk memantau sebarang penurunan tekanan tayar dan pemeriksaan tayar secara berkala oleh pakar tayar bagi memastikan integriti tayar yang berterusan dan jangka hayat produk.
Para pemandu dinasihati agar mengunjungi outlet pengedar tayar untuk pemeriksaan menyeluruh bagi mengelakkan kelembapan daripada memasuki tayar melalui sebarang tusukan, yang seterusnya boleh merosakkan struktur dalamannya.
Continental menyasarkan matlamat untuk menggabungkan sepenuhnya teknologi ContiSeal menjelang Julai 2024 merentas model tayar popular, UltraContact UC7, PremiumContact C dan UltraContact UC6 SUV, dari saiz antara 16-inci hingga 20-inci.
Tayar dengan teknologi ContiSeal ini dijual di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai e-dagang Shopee dan Lazada rasmi Continental.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI