ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan rentas daerah gagal kali kedua – Lelaki ini kantoi naik rakit gabus pula

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah rakit gabus styrofoam semalam.

K! ONLINE melaporkan, tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut merupakan individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk bertemu rakannya.

Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Press

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply