ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cukai jalan dan LKM boleh diperbaharui di Puspakom bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) termasuk cukai jalan kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bermula hari ini.

Menurut Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan berkata, inisiatif ini sebagai usaha pihaknya meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, ia juga bertujuan menyediakan kemudahan alternatif selain saluran perkhidmatan sedia ada di kaunter dan kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG serta Portal mySIKAP JPJ.

Sejak tahun lalu, PUSPAKOM hanya menerima urusan pembaharuan LKM membabitkan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram ke bawah saja.

Inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat di 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh Semenanjung Malaysia. Fasa awal pelaksanaan pembaharuan LKM hanya akan membabitkan kenderaan persendirian sama ada milik individu atau syarikat.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Inisiatif ini akan diperluaskan kepada urusan pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing yang dijangka bermula November ini. Susulan itu, orang ramai yang ingin melaksanakan urusan pembaharuan LKM boleh membuat janji temu secara dalam talian menerusi pautan ini.

Urusan secara walk-in tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19. Semua transaksi di kaunter PUSPAKOM menggunakan pembayaran secara tunai.

Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PUSPAKOM iaitu 03-5101 7000, e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply