ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dacia Duster versi pikap bakal menerjah pasaran Eropah hujung tahun ini

Berita Global

Views

Dacia kini sedang giat membangunkan versi pikap dari model generasi kedua Duster. Ia bakal diperkenalkan sebelum akhir tahun ini di Eropah, dan akan menjadi model pikap paling mampu milik. Pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Ketua Kenderaan Komersial Renault Romania, Hakim Boutehra dalam satu temu bual dengan 0-100.

Beliau turut mengesahkan kenderaan tersebut kini sedang menjalani ujian homologasi dan tidak seperti Renault Duster Oroch yang dijual di Amerika Selatan, kerana ia lebih kepada kenderaan kerja. Untuk merealisasikan pengeluarannya, Dacia telah bekerjasama dengan Romturingia yang merupakan syarikat pembina badan kenderaan komersial.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Syarikat yang berasal dari Romania itu telah melancarkan kenderaan yang sama untuk generasi pertama Duster pada tahun 2014 dengan jumlah pengeluaran terhad sebanyak 500 unit. Tahun lalu syarikat tersebut sekali lagi menjadi yang pertama untuk mencipta varian pikap dari generasi kedua Duster dan ia telah dipertontonkan dalam bentuk prototaip di Hannover Commercial Vehicle Show.

Butiran lanjut mengenainya masih lagi kurang buat masa ini. Ada kemungkinan ia bakal menggunakan enjin 1.5-liter dCi diesel dan 1.3-liter TCe petrol baharu. Versi pacuan empat-roda juga mungkin ditawarkan, namun tidak diketahui sama ada ia bakal menjadi varian standard atau hanya sekadar pilihan tambahan.

Duster pikap bukan satu-satunya kereta baharu yang dirancang oleh Dacia untuk tahun ini. Sekurang-kurangnya ada tiga lagi model baharu yang sedang dipersiapkan. Boutehra turut mengesahkan model edisi khas dan beberapa model kenderaan lain termasuk Duster kini sedang dibangunkan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply