ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah jenuh tampal lubang jalan dengan simen, lelaki ini nekad tanam pokok pisang tengah jalan

Berita Global

Views

Bengang sudah beberapa kali menampal simen pada lubang jalan berkenaan, seorang lelaki bertindak menanam pokok pisang untuk memberi amaran kepada pengguna jalan tersebut.

Menurut Sinar Plus, minggu lalu lelaki yang bernama Bryan Raymond itu telah menanam pokok pisang di jalan berlubang di sepanjang Honda Drive yang terletak di selatan Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Raymond yang turut memiliki perniagaan berhampiran mendapat idea untuk menanam pokok pisang bersaiz besar setelah beberapa kali terpaksa menampal lubang di jalan tersebut dengan simen.

Difahamkan Honda Drive adalah jalan persendirian dan menurut pejabat daerah di sana, penyelenggaraannya perlu dilakukan pemilik perniagaan di kawasan itu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kata Raymond, pokok pisang adalah ‘pembaikan’ yang menarik perhatian pengguna jalan itu sekali gus mengelakkan bahaya. Terdahulu, kamera litar tertutup milik Raymond pernah merakam pelbagai masalah disebabkan oleh lubang pada jalan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di sekitar bersetuju dengan langkah yang diambil Raymond bagi mengelakkan kemalangan. Kata salah seorang pekerja di kawasan berhampiran, dia suka dengan tindakan tersebut kerana ia melucukan dan sepatutnya lebih banyak lagi pokok pisang ditanam di kawasan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply