ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas lancar Dominar D400 – Dua pilihan warna, harga RM13,997

Views

Secara rasminya Modenas telah melancarkan model Dominar D400 versi yang dipertingkatkan secara dalam talian malam ini. Ia akan menggantikan versi Dominar sebelumnya dan ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Savanna Green dan Charcoal Black.

Harga jualan bagi model Dominar D400 2021 adalah RM13,997 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Model ini masih lagi mengekalkan unit enjin silinder tunggal DOHC 373.2 cc yang sama seperti sebelumnya, namun dengan penalaan semula bagi membolehkannya menjana 40 kuasa kuda (bertambah 5 kuasa kuda) pada 8,650 rpm dan 35 Nm daya kilas pada 7,000 rpm.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Enjin ini digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan dengan cekam jenis slip & assist. Antara peningkatan yang dilakukan adalah pada bahagian suspensi hadapan yang kini menggunakan unit fork songsang USD yang dikatakan lebih baik berbanding fork teleskopik pada model terdahulu.

Suspensi di belakang masih lagi menggunakan penyerap hentak tunggal dari jenama Nitrox. Dominar D400 2021 menggunakan sistem brek cakera 320mm pada roda hadapan dan 230mm pada roda belakang dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, ia kini dilengkapi dengan sistem ekzos berkembar bagi menggantikan sistem ekzos tunggal pada model sebelumnya. Ia kini dilengkapi lampu depan jenis LED dengan paparan ala mozek bagi mempertingkatkan kadar pencahayaan khususnya pada waktu malam.

Motosikal ini turut dilengkapi dengan kelompok instrumen dengan dua paparan LCD yang memberikan pelbagai informasi, selain pad tangki minyaknya yang kini dihiasi corak karbon serta logo Dominar pada tempat duduk belakang. Terdapat sedikit perubahan pada dimensi motosikal ini, iaitu lebarnya bertambah kepada 836mm berbanding 813mm pada model terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply