ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu bawa empat model konsep berasaskan Rocky e:Smart Hybrid dan Atrai ke Tokyo Auto Salon 2022

Berita Global

Views

Pakar kereta kompak, Daihatsu telah mengumumkan barisan model yang akan dipamerkan bersempena Tokyo Auto Salon 2022, awal bulan depan. Ia merangkumi empat model konsep berasaskan Rocky e:Smart Hybrid dan Atrai.

Untuk Rocky, Daihatsu mempertontonkan potensi talaan bagi model SUV kompak itu menerusi dua model konsep. Versi “Premium” dicat dengan warna perak yang unik dengan calitan biru pada bumbung, liang udara, bampar dan cermin sisi, bersama rim aloi berwarna hitam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Untuk versi “Crossfield”, ia kelihatan lebih cenderung ke arah “gaya kembara” dengan rim kemasan hitam yang dibaluti tayar Toyo A/T. Selain itu, ia turut dipasang dengan rak para pumbung dan kemasan hitam pada kit badannya.

Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus kuning, penghadang lumpur dan lega tanah lebih tinggi. Selain kembar Perodua Ativa itu, ada dua lagi model konsep berasaskan model van mini Atrai generasi ke-11 yang merupakan versi penumpang untuk Hijet.

Versi “Premium” menggunakan kombinasi dwitona dengan bumbung dicat hitam. Ia dipasang dengan kit badan, jeriji yang lebih besar dan rim aloi yang dibaluti tayar berprofil rendah. Atrai Premium ini juga direndahkan sedikit bagi menonjolkan rupa yang sporty.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Yang terakhir adalah Atrai Camper yang berasaskan konfigurasi Deck Van yang sebenarnya adalah sebuah pikap. Apa yang menarik pada model ini adalah bumbung boleh ditarik. Ia dihiasai dengan kemasan luaran gabungan oren (warna asas), serta reka corak grafik gabungan warna hitam, perak dan putih.

Model konsep ini turut dilengkapi dengan bar LED, lega tanah yang lebih tinggi, rim aloi dengan tayar off-road, plat gelincir dan pelapik plastik di sekeliling badannya. Daihatsu tidak menyatakan spesifikasi kesemua model konsep ini, namun Atrai Camper dikhabarkan akan dilengkapi dengan sistem 4WD kawalan elektronik.

Ia dikuasakan dengan enjin 660cc yang menjana 63 kuasa kuda (47 kW / 64 PS). Kesemua model konsep Daihatsu akan dipamerkan pada Tokyo Auto Salon, bermula 14 hingga 16 Januari 2022. Pengeluar kereta itu juga akan membawa kesemua 11 generasi kenderaan komersial Hijet sejak dari tahun 60-an sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply