ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Foto Intip

Views

Ingat tak lagi dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond berkata Proton telah mula menguji Saga MC2 (pakai logo baharu) dan ia dikatakan model ‘perubahan kecil/minor’ Saga yang terakhir sebelum model serba baharu membuat kemunculan pada 2023/24?

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Inilah bukti kebenaran kata-katanya kerana pagi tadi rakan pembaca kami, Putra Kamrin Azran telah berjaya mengesan kelibat sebuah unit ujian Saga MC2 di laluan dari CGC menuju ke Plaza Tol NKVE, Subang Jaya.

Unit ujian tersebut hanya dilitupi pelekat hitam pada bahagian jeriji yang kelihatan logo bulat baharu Proton, kit badan dan juga rimnya. Cermin sisinya pula dicat dengan warna hitam.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Setakat ini tiada maklumat lebih terperinci mengenai apakah yang dikemaskini pada Saga MC2 dan dikatakan model ini sepatutnya dilancarkan pada bulan Disember, namun tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Kami menjangkakan model ini akan membuat kemunculan pada awal 2022 dan kami akan menyeru Mat Bond sekali lagi untuk mendapatkan lebih info mengenai Saga MC2 dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply