ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu tayang dua model konsep di GIIAS 2017

Views

Sempena Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang sedang berlangsung, Daihatsu membawa dua model konsep yang membuat debut global pertama mereka. Dua model konsep tersebut dinamakan Daihatsu DN F-Sedan dan DN Multisix (MPV). Kami beranggapan kedua-dua model konsep ini mungkin bertujuan untuk memperkenalkan gaya rekabentuk terbaharu untuk jenama tersebut pada model keluaran yang akan datang.

Daihatsu DN Multisix

  • MPV enam-tempat duduk dengan gaya crossover.
  • Berada dalam segmen Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia.
  • Bakal menjadi pencabar kepada Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V.
  • Rekabentuk dalaman yang futuristik.

BACA >> Concept X bukti keupayaan pasukan rekabentuk Perodua

Daihatsu DN F-Sedan

  • Sedan konsep segmen-B yang mungkin berpotensi menjadi pencabar Toyota Vios dan Honda City atau mungkin juga menjadi sedan kedua dari Perodua pada masa depan.
  • Rekabentuk gaya coupe dan fastback dengan empat pintu.
  • Lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).
  • Lampu belakang LED.
  • Bukaan pintu ala Mazda RX-8 tanpa tiang-B di tengah.

 

Kami lihat kedua-dua model ini mempunyai daya tarikan yang kuat dan sememangnya dinantikan rakyat Malaysia sekiranya ia direalisasikan sebagai model Perodua pada masa akan datang. Setidak-tidaknya kita sudah mendapat bayangan rupa sedan baharu Perodua dan pengganti Alza nanti kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply