Daihatsu bakal mempamerkan sebuah model konsep Vision Copen bersempena dengan pameran Japan Mobility Show 2023 yang dijadualkan hujung bulan ini.
Apa yang menarik, model ini tidak lagi di kategorikan sebagai ‘kei car‘ seperti model semasa kerana saiznya kini semakin ‘membesar’.
Dari segi dimensi Vision Copen kini hampir menyamai saiz Mazda MX-5, dengan ukuran 3,835 mm panjang, 1,695 mm lebar dan 1,265 mm tinggi, dengan jarak antara gandar roda 2,415 mm.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
Vision Copen juga tidak lagi menggunakan enjin 660 cc turbo dan kapasiti enjinnya kini lebih besar, iaitu 1.3-liter.
Namun, agak mengecewakan, enjinnya juga tidak lagi digandingkan bersama transmisi manual dan hanya diberikan pilihan transmisi automatik atau mungkin juga CVT.
Angka output sebenar rangkaian kuasa baharu ini masih lagi dirahsiakan oleh pihak Daihatsu, namun sudah pasti outputnya akan bertambah, memandangkan kapasitinya sudah pun berganda.
Menerusi kenyataan media, Daihatsu berkata enjin pembakaran dalaman tersebut telah dibangunkan untuk menerima bahan bakar ‘CN’ atau Neutral Karbon.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
Reka bentuk Vision Copen masih lagi mengekalkan rekaan tradisi Copen meskipun saiznya sudah semakin membesar. Daihatsu berkata, reka bentuk bumbungnya meniru gaya ‘Active Top’ dari model generasi pertama.
Ia sebenarnya bumbung keras yang boleh ditarik secara elektrik, dan sepatutnya menawarkan sedikit praktikaliti apabila bumbung dilipat.
Rekaan kabinnya kini lebih minimalis dengan penggunaan kelompok instrumen digital, paparan unit inforia bersaiz kecil, butang sentuh-kapasitif ala Porsche dan pemegang pintu jenis gelung.
Copen merupakan spesies ‘kei car‘ sport terakhir setelah pengganti Honda Beat iaitu S660 ditamatkan pengeluaran pada 2022, manakala Suzuki Cappuccino pula tidak lagi dihasilkan sejak 1998.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI