ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ruang kabin Proton S50 (SS11) berjaya ‘diintai’, papan pemuka warna gelap

Foto Intip

Views

Ini mungkin kali pertama kita dapat ‘mengintai’ bahagian dalaman dan papan pemuka unit ujian Proton S50 (SS11) kan?

S50 (SS11) yang masih sarat dengan celoreng penyamaran ini berjaya dirakam ketika sedang mengisi minyak di stesen Shell oleh pemilik akaun Facebook bernama Syahid Ayatullah Bin Ramli.

Video rakaman tersebut pula telah dikongsikan di laman group paultan.org Automotive/Car Discussion Group sejak semalam.

Apa yang menarik, unit ujian kali ini tidak memakai cermin gelap dan kita dapat melihat penyandar kepala tempat duduk, stereng, papan pemuka dan paparan unit inforia jenis terapung yang didominasi dengan kemasan hitam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Tidak seperti kemasan kabin Geely Emgrand generasi keempat di pasaran Filipina yang menggunakan kombinasi rona putih dan biru cerah, S50 (SS11) masih mengikut ‘selera Orang Malaysia’ yang menggemari warna hitam.

Boleh dikatakan dari segi keseluruhan, reka bentuk luaran model asal masih kekal dan hanya berbeza pada bahagian jerijinya yang menampilkan identiti rekaan Proton menerusi “Inifinite Weave” dan “Ethereal Bow“.

Dalam artikel terdahulu ejen perisik tersohor kami iaitu Mat Bond pernah mengatakan yang model S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian.

Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya. Fasa pengeluaran besar-besaran S50 (SS11) pula dijangka bermula sekitar bulan Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply