ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dongfeng siar foto crossover elektrik kompak Nammi 06

Berita Global

Views

Dongfeng menyiarkan foto-foto crossover elektrik kompak terbaharunya, Nammi 06. Crossover elektrik ini berukuran 4,306 mm panjang dan dipacu oleh motor elektrik tunggal 135 kW (181 kuasa kuda).

Buat masa ini, Nammi hanya menjual satu model sahaja, iaitu hatchback kompak, Nammi 01. Di pasaran Malaysia, Nammi 01 dikenali dengan nama Dongfeng Box dan telah dilancarkan pada 22 November lalu.

Untuk pasaran Malaysia, dua varian Nammi 01 ditawarkan dengan harga atas jalan tanpa insurans seperti berikut:

  • Dongfeng Box E2 – RM100,700
  • Dongfeng Box E3 – RM113,700

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Berbalik kepada Nammi 06, ia akan menjadi model kedua dari jenama tersebut. Dari segi dimensi, Nammi 06 berukuran 4,306 mm panjang, 1,868 mm lebar, 1,645 mm dan jarak tapak rodanya 2,715 mm.

Motor elektriknya mempunyai output maksimum 135 kW dan kelajuan tertingginya mencecah 150 km/j. Berat bersih model ini adalah 1,975 kg. Walaubagaimanapun, tiada sebarang informasi mengenai baterinya buat masa ini.

Pada Beijing Auto Show tahun lalu, Dongfeng telah mengumumkan kerjasamanya dengan pembuat dron DJI dalam teknologi bantuan pemandu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Syarikat itu turut mengumumkan bahawa, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Dongfeng-DJI akan dipasang buat kali pertama pada kereta Nammi.

Nammi 06 menampilkan reka bentuk yang menarik dengan dapra (fender) plastik besar, muncung (overhang) pendek, dan cermin sisi besar yang dipasang pada tangkai yang berbentuk unik.

Pemohon lesen jualannya di China telah pun dibuat, sebelum memasuki pasaran. Ia bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2025, berkemungkinan di Pameran Auto Shanghai pada April, dengan harga sekitar 100,000 yuan (RM60,919). – CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply